Tips dari seorang budak praktikal

10:46 AM
Assalamualaikum W.B.T!

Eh tetiba pulak rajin update blog, bulan Mei ni dah 3 kali post entri baru. Doakan supaya tuan blog sentiasa rajin update blog ea :)

Bunga kat tempat praktikal aku [tiada kaitan]
Gunung Kinabalu dari tempat praktikal aku

Ketika entri nih ditulis aku sedang menjalani praktikal dan masuk 14 minggu dah, kiranya ada setengah jalan lagi sebelum kami habis stage ini dan Insya Allah bakal bergraduasi pada November 2017, semoga dipermudahkan segalanya... Amiiinnnn

Hampir setiap penuntut kat IPT ataupun institusi mesti pergi praktikal punya, tempoh praktikal pula berbeza ikut kos yang korang ambil masa studi. Kalau kat UMS ada orang yang praktikal 3 bulan ataupun 6 bulan, macam yang aku punya nih [pertanian] 6 bulan tapi kami prefer sebut 24 minggu sebab nampak pendek sikit [mainan psikologi sungguh! hahaha]

Kami dah ushar penempatan seawal semester 7 lagi [sekarang nih aku semester 8] dan tempat praktikal tuh kita yang kena cari sendiri sebab universiti cuma tolong hantar surat je [nama pun mahasiswa so kenalah berdikari kan?]

Selama dalam pencarian tuh, ada beberapa tips yang aku boleh kongsikan pada semua:

1.    Cari awal, jangan lewat-lewat takut kehabisan tempat sebab bukan IPT korang je yang nak praktikal, silap-silap kita seMalaysia praktikal serentak hahahaha

2.      Kalau buntu sangat tak tahu nak kemana boleh bertanya dengan senior ataupun pensyarah. Aku dapat tempat praktikal nih pun atas cadangan pensyarah jugak sebenarnya.

3.      Kalau tak pasti tempat pilihan korang tuh recommended atau tak silalah cari senior, Tanya sama ada tempat tuh pernah terjadi apa-apa kes atau tak. Penting untuk kita tahu sebab tempoh praktikal bukannya sekejap dan markah dari tempat praktikal lebih besar daripada yang pensyarah kita bagi. By the way, kes apakah itu? Pandai-pandailah korek...hahaha

4.    Lepas dah hantar permohonan penempatan tuh rajin-rajinlah follow up balik nanti tercicir pulak tak pepasal ada orang kena extend semester, nauzubillah..

5.     Jangan lupa tanya kat tempat praktikal tuh ada elaun ke ada tempat tinggal ke.. apatah lagi kalau tempat praktikal tuh jauh dari daerah atau negeri sendiri. Biasanya yang swasta memang bagi elaun, tapi kalau agensi kerajaan mostly tak bagilah macam tempat aku sekarang nih.

6. vaJangan buat praktikal dekat-dekat, hahaha.. Kalau mampu pergilah merantau ke negeri lain. Bila ada masa boleh cuci mata tengok tempat orang sebab peluang macam nih tak datang lagi lepas habis praktikal kecualilah ada rezeki bekerja disana.  Tips ini ditujukan kepada sesiapa yang ada ramai adik-beradik ataupun parents yang sporting.

7.    Do what you love. Jangan sebab takut berseorangan sanggup ikut kawan tapi tak minat dengan tempat praktikal tuh. Hati mesti sado!

8.     Pastikan korang dah lengkapkan dokumen yang diperlukan sebelum dihantar


Rasanya itu saja kot untuk hari nih, tak keluar idea dalam kepala otak aku sebab rasa mengantuk, ada apa-apa boleh bertanya kat bawah ataupun kat https://ask.fm/schazey [sayat.me pun ade, kat sidebar kanan] adios!

Sawah yang kami kerjakan bulan Feb lepas


No comments:

Ceritera. Powered by Blogger.